Harta Sepencarian
Harta sepencarian adalah satu amalan yang telah diterima dalam kehidupan orang melayu sehari-hari. Ia adalah hak pasangan suami-isteri ke atas harta yang dimiliki secara bersama semasa mereka menjadi pasangan. Bacalah blog ini dari masa ke semasa bagi mengetahui informasi mengenai harta sepencarian.
Harta sepencarian bukannya harta pusaka
Isu harta sepencarian biasanya dikaitkan dengan pasangan suami isteri di mana si-isteri bimbang yang harta suami akan beralih ke tahan orang lain apabila berlaku penceraian, suami kahwin dua atau meninggal dunia.
Isu harta sepencarian biasanya dikaitkan dengan pasangan suami isteri di mana si-isteri bimbang yang harta suami akan beralih ke tahan orang lain apabila berlaku penceraian, suami kahwin dua atau meninggal dunia.
Tetapi ada juga kes deklarasi harta sepencarian dibuat oleh emak kerana takutkan anaknya yang tamakkan harta bapanya dan kemudian menyisihkan emaknya. Ikutilah ceritanya.
Sepasang suami isteri yang bernama Ahmad dan Aminah adalah berumur dalam lingkungan 50-an mempunyai seorang anak lelaki, Ali, yang sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak. Pasangan suami isteri ini hanya mempunyai sebuah rumah banglo di Damansara yang dianggarkan bernilai RM3 juta. Banglo ini atas nama suami dan ada mempunyai baki hutang RM500,000
Anak tunggal lelaki itu seorang yang panas baran dan bersikap kurang ajar kepada kedua ibu-bapanya. Anaknya itu tidak lagi menghormati kedua ibu-bapanya. Emaknya selalu ditengking dan dimarahinya.
Si-ibu faham mengikut Hukum Faraid haknya hanyalah 1/8 daripada jumlah harta dan baki 7/8 akan menjadi milik anaknya itu. Jadi sudah tentu anaknya boleh menghalau ibunya keluar daripada banglo mewah itu. Atau pun sekira dijual hak ibu dianggarkan RM400,000 sahaja (1/7 daripada RM3 juta).
Si-ibu mendapat tahu, sekiranya pasangan suami isteri membuat deklarasi harta sepencarian ia dapat menghindarkan masalah risauan si-ibu tadi. Si-ibu yakin yang suaminya akan bersetuju dengan cadangan membuat deklarasi harta sepencarian kerana masalah yang akan dijangkakan oleh si-ibu sekiranya suami meninggal dunia dahulu.
Di bawah konsep harta sepencarian, suami dan isteri ini akan menandatangani Deklarasi Harta Sepencarian di mana si-suami bersetuju membahagikan sekurang-kurangnya 50% daripada bahagian banglo itu kepada isterinya itu, dan baki 50% adalah milik suaminya itu. Si-ibu tahu sekiranya suaminya meninggal dunia dahulu, hak 50% nya ke atas banglo itu terjamin. Ini disebabkan harta sepencarian adalah pemberian semasa hidup dan ia bukan lagi menjadi harta pusaka.
Disediakan oleh:
Samsuriah Ahmad
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
017 8844007
Tiada ulasan:
Catat Ulasan