Ahad, 29 Januari 2012

Perjanjian Harta Sepencarian

Deklarasi Harta Sepencarian


Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa di dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai "Harta Sepencarian" Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.
Bukanlah satu perkara yang luarbiasa bagi sebahagian benefisiari-benefisiari yang masih hidup menuntut harta sepencarian daripada harta suami atau isterinya yang telah meninggal dunia. Oleh itu bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan perselisihan yang mungkin timbul berhubung isu ini selepas kematian pewasiat, as-Salihin menyediakan dokumen deklarasi harta sepencarian yang mana ia akan dapat mengurangkan kesukaran yang mungkin timbul berhubung isu ini pada masa akan datang.                                     


 HARTA SEPENCARIAN


Harta yang di perolehi oleh:

  • suami dan isteri
  • sepanjang perkahwinan yang sah
  • Kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung@ tidak langsung terhadap perolehan harta tersebut

              Definasi Harta Sepencarian

  • Dari istilah 'sama-sama sepencarian' iaitu amalan lazim masyarakat melayu dulu kala
  • Kadi Besar Pulau Pinang Hj Harussani bin Hj Zakariah (pada masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983 jld 2 J.H) harta sepencarian di takrifkan:                                                      "harta yang di peroleh bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha,samada kedua-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan , sama ada secara rasmi atau tidak rasmi samaada dibahagikan tugas atau tidak"
-tiada dalam nas  Al Quran atau Hadis
-Adat yang baik di terima menjadi undang-undang Islam

HARTA SEPENCARIAN IALAH
  • Satu harta sama ada harta alih atau tak alih yang di perolehi oleh suami dan isteri daripada usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang di perolehi sebelum mereka berkahwin (harta asal) yang telah di majukan atau di tingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui hasil usaha bersama. (selangor)
SYARAT UNTUK HARTA SEPENCARIAN

  • Harta diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan
  • Harta adalah sumbangan bersama kedua-dua pihak
-samada sumbangan secara langsung atau tidak langsung
-sumbangan perlu dibuktikan
  • Bukan harta amanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan