Sebuah blog mengenai perancangan harta pusaka yang ditawarkan oleh
syarikat amanah as-Salihin Trustee Berhad iaitu surat wasiat, hibah, harta
sepencarian, amanah hayat, deklarasi hibah dan wakaf.
|
|
|
Adakah ini akan berlaku kepada
saudara pula?
|
Sebagai Perancang Harta Islam dari syarikat as-Salihin
Trustee Bhd, saya banyak menerima pertanyaan cara membuat wasiat dengan
as-Salihin Trustee Bhd.
Berikut ialah ringkasannya:
Berikut ialah ringkasannya:
Pertama: Prospek akan hubungi saya,
Samsuriah Ahmad (email:samsuriah.ahmad9@gmail.com) mengenai minat untuk membuat
wasiat.
Kedua: Saya akan membuat temujanji berjumpa
dengan prospek, sekiranya berada di Lembah Kelang samada di rumah prospek,
pejabat atau kedai mamak.
Sekiranya di luar Lembah Kelang penjelasan akan dibuat secara telefon, email, whatsApp
atau Facebook sahaja.
Ketiga: Saya akan memperkenalkan diri saya
dahulu dan kemudian mengetahui dengan lebih dekat prospek dan famili. Ini
termasuklah pekerjaan prospek dan lain-lain yang berkaitan dengan famili iaitu
isteri, anak-anak dan ibu-bapa prospek.
Saya akan cuba mendapat tahu samada prospek mempunyai anak angkat dan keadaan anak-anak, iaitu samada masih kecil atau mempunyai anak istimewa.
Saya akan bertanya soalan-soalan yang boleh menjurus kepada keperluan prospek membuat hibah, harta sepencarian, wakaf, amanah wasiat dan amanah hayat.
Saya juga akan cuba menilai profil risiko prospek iaitu samada prospek sangat, sederhana atau kurang 'concern' terhadap keluarganya.
Saya akan cuba mendapat tahu samada prospek mempunyai anak angkat dan keadaan anak-anak, iaitu samada masih kecil atau mempunyai anak istimewa.
Saya akan bertanya soalan-soalan yang boleh menjurus kepada keperluan prospek membuat hibah, harta sepencarian, wakaf, amanah wasiat dan amanah hayat.
Saya juga akan cuba menilai profil risiko prospek iaitu samada prospek sangat, sederhana atau kurang 'concern' terhadap keluarganya.
Keempat: Semasa bertemu dengan prospek, saya memerlukan maklumat
berikut:
Senarai lengkap harta prospek. Ini termasuk alamat harta
dan samada mempunyai akaun bank, Tabung Haji, KWSP, ASB dan sebagainya.
Kelima:
Senarai nama waris dan bukan waris yang akan menerima harta yang diwasiatkan.
Saya juga akan mendapatkan dua penama yang akan dihubungi oleh as-Salihin bagi
urusan wasiat dan harta pusaka apabila pewasiat meninggal dunia kemudian hari.
Keenam:
Peratus pembahagian harta kepada setiap waris/bukan waris. Contohnya:
(ii) Rumah Teres: Lot 101, Jalan Pinang, Kampung Pinangg,
Pulau Pinang: Isteri 100%,
(iii) Saham ASB: Bahagikan samarata kepada anak-anak,
(iv) Kondo di No. 33, Jalan Ali, Johor Bahru: Diwakafkan
kepada Jabatan Ugama Islam Johor. Hasil sewa bulanan dibahagikan 50% kepada
rumah anak yatim dan 50% kepada fakir miskin.
Ketujuh: Semua maklumat di atas akan saya
serahkan kepada pejabat as-Salihin Trustee Bhd di mana peguam mereka akan
membuat deraf wasiat. Bayaran deposit membuat wasiat juga akan dipungut pada
hari yang sama.
Kelapan: Dalam masa tiga hari bekerja,
as-Salihin akan emailkan kepada saya deraf wasiat. Saya akan menyemak kesahihan
fakta. Jika OK, saya akan forwardkan deraf wasiat itu kepada prospek. Jika
prospek mahu, saya akan mencitak satu salinan dan dibawa berbincang dengan prospek,
Kesembilan: Jika prosepek setuju dengan
deraf wasiat, maka hardcopy wasiat akan dicetak. Saya akan membawa dokumen
wasiat itu kepada pelanggan untuk ditandatangani dengan dua saksi. Baki bayaran
perkhidmatan penyediaan wasiat boleh dibuat semasa menandatangani wasiat. Ada
juga keadaan saya akan membawa pewasiat ke pejabat as-Salihin untuk
menandatangani wasiat.
Kesepuluh: Saya akan membawa balik dokumen
asal wasiat ke Pejabat as-Salihin di Kelana Jaya untuk didaftarkan dan
disimpan. Kemudian, salinan wasiat akan diserahkan kepada Pelanggan untuk
disimpan.
Maka tamatlah prosesnya.
Maka tamatlah prosesnya.
Keterangan lanjut mengenai proses penyediaan wasiat boleh hubungi saya
secara
email: samsuriah.ahmad9@gmail.com
atau telefon 017-8844007
Samsuriah ahmad
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon: 0178844007
Email: samsuriah.ahmad9@gmail.com

Wasiat, Perjanjian Harta Sepencarian,Takaful IKHLAS.
BalasPadam