Selasa, 3 Disember 2013

Perancangan Harta Pusaka As-Salihin Trustee Bhd

Perancangan Harta Pusaka As-Salihin Trustee Bhd

Sebuah blog mengenai perancangan harta pusaka yang ditawarkan oleh syarikat amanah as-Salihin Trustee Berhad iaitu surat wasiat, hibah, harta sepencarian, amanah hayat, deklarasi hibah dan wakaf.







Adakah ini akan berlaku kepada saudara pula?
Sebagai Perancang Harta Islam dari syarikat as-Salihin Trustee Bhd, saya banyak menerima pertanyaan cara membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd.

Berikut ialah ringkasannya:
Pertama: Prospek akan hubungi saya, Samsuriah Ahmad (email:samsuriah.ahmad9@gmail.com) mengenai minat untuk membuat wasiat.
Kedua: Saya akan membuat temujanji berjumpa dengan prospek, sekiranya berada di Lembah Kelang samada di rumah prospek, pejabat atau kedai mamak.
Sekiranya di luar Lembah Kelang penjelasan akan dibuat secara telefon, email, whatsApp atau Facebook sahaja.
Ketiga: Saya akan memperkenalkan diri saya dahulu dan kemudian mengetahui dengan lebih dekat prospek dan famili. Ini termasuklah pekerjaan prospek dan lain-lain yang berkaitan dengan famili iaitu isteri, anak-anak dan ibu-bapa prospek.

Saya akan cuba mendapat tahu samada prospek mempunyai anak angkat dan keadaan anak-anak, iaitu samada masih kecil atau mempunyai anak istimewa.

Saya akan bertanya soalan-soalan yang boleh menjurus kepada keperluan prospek membuat hibah, harta sepencarian, wakaf, amanah wasiat dan amanah hayat.

Saya juga akan cuba menilai profil risiko prospek iaitu samada prospek sangat, sederhana atau kurang 'concern' terhadap keluarganya.
Keempat: Semasa bertemu dengan prospek, saya memerlukan maklumat berikut:
Senarai lengkap harta prospek. Ini termasuk alamat harta dan samada mempunyai akaun bank, Tabung Haji, KWSP, ASB dan sebagainya.
Kelima: Senarai nama waris dan bukan waris yang akan menerima harta yang diwasiatkan. Saya juga akan mendapatkan dua penama yang akan dihubungi oleh as-Salihin bagi urusan wasiat dan harta pusaka apabila pewasiat meninggal dunia kemudian hari.
Keenam: Peratus pembahagian harta kepada setiap waris/bukan waris. Contohnya:
 (i) KWSP: Isteri: 50%, Anak Pertama: 25% dan Anak Kedua: 25%,
(ii) Rumah Teres: Lot 101, Jalan Pinang, Kampung Pinangg, Pulau Pinang: Isteri 100%,
(iii) Saham ASB: Bahagikan samarata kepada anak-anak,
(iv) Kondo di No. 33, Jalan Ali, Johor Bahru: Diwakafkan kepada Jabatan Ugama Islam Johor. Hasil sewa bulanan dibahagikan 50% kepada rumah anak yatim dan 50% kepada fakir miskin.
Ketujuh: Semua maklumat di atas akan saya serahkan kepada pejabat as-Salihin Trustee Bhd di mana peguam mereka akan membuat deraf wasiat. Bayaran deposit membuat wasiat juga akan dipungut pada hari yang sama.
Kelapan: Dalam masa tiga hari bekerja, as-Salihin akan emailkan kepada saya deraf wasiat. Saya akan menyemak kesahihan fakta. Jika OK, saya akan forwardkan deraf wasiat itu kepada prospek. Jika prospek mahu, saya akan mencitak satu salinan dan dibawa berbincang dengan prospek,
Kesembilan: Jika prosepek setuju dengan deraf wasiat, maka hardcopy wasiat akan dicetak. Saya akan membawa dokumen wasiat itu kepada pelanggan untuk ditandatangani dengan dua saksi. Baki bayaran perkhidmatan penyediaan wasiat boleh dibuat semasa menandatangani wasiat. Ada juga keadaan saya akan membawa pewasiat ke pejabat as-Salihin untuk menandatangani wasiat.
Kesepuluh: Saya akan membawa balik dokumen asal wasiat ke Pejabat as-Salihin di Kelana Jaya untuk didaftarkan dan disimpan. Kemudian, salinan wasiat akan diserahkan kepada Pelanggan untuk disimpan.

Maka tamatlah prosesnya.
Keterangan lanjut mengenai proses penyediaan wasiat boleh hubungi saya
 secara email: samsuriah.ahmad9@gmail.com  atau telefon 017-8844007
 Hakcipta 2013 Samsuriah Ahmad
Samsuriah ahmad
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon: 0178844007


Khamis, 29 November 2012

FAQs

FAQs

Page : 1 | 2 | 3 | 4 | 5
Saya difahamkan bahawa mengikut undang-undang pewarisan Islam iaitu Faraid telah menetapkan bahagian-bahagian yang patut di perolehi oleh waris-waris simati. Kenapa saya perlu membazirkan masa dan wang untuk menulis Wasiat?Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan Wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan/ susah. Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam.

Adakah Islam mengalakkan menulis Wasiat? Islam menggalakkan menulis Wasiat. Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar R.A "Adalah tidak dibenarkan mana-mana orang Islam yang mempunyai sesuatu diwasiatkan untuk tinggal dua malam tanpa memiliki Wasiat terakhir dan disimpan dengannya."

Islam menggalakkan menulis Wasiat, adalah lebih mudah untuk saya meniru contoh yang telah sedia ada, contohnya di bawah Enakmen Wasiat Selangor 1999. Contoh Wasiat yang disediakan adalah Wasiat yang simple/biasa sahaja, sedangkan as-Salihin menyediakan Wasiat yang lengkap dan dibuat berdasarkan keperluan, keadaan dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan oleh benefisiari yang masih hidup bagi mengelakkan sebarang konflik dan ketidak tentuan berlaku selepas kematian anda.

Saya adalah seorang yang belum berkahwin dan tidak mempunyai waris yang rapat. Kenapa perlu saya menulis Wasiat? Jika anda tidak menulis Wasiat dan anda tidak mempunyai waris yang boleh mewarisi, kesemua harta akan diberi ke Baitul Mal. Anda boleh memberi harta anda kepada seseorang tertentu melalui Wasiat sebanyak 1/3 daripada keseluruhan harta dan baki harta akan diserahkan ke Baitul Mal. Kedua-dua pihak akan mendapat bahagian.

Tanggungan saya adalah lebih banyak daripada aset saya. Bolehkah saya menulis Wasiat? Anda boleh menulis Wasiat. Akan tetapi tanggungan anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki aset boleh dibuat kepada benefisiari.

Saya mempunyai anak-anak yang kecil dan saya telah mengasingkan beberapa harta untuk kepentingan mereka? Bolehkah as-Salihin bertindak sebagai penjaga bagi harta anak-anaknya? Ya, sekiranya as-Salihin dilantik sebagai Penjaga bagi harta anak-anak anda.

Adakah boleh saya melantik as-Salihin sebagai penjaga yang sah bagi anak-anak saya? Anda boleh melantik as-Salihin sebagai penjaga yang sah, tetapi bagi harta anak-anak anda dan bukannya penjaga bagi diri kanak-kanak tersebut. Penjaga bagi diri mestilah dilantik mengikut peruntukan undang-undang.

Bolehkah as-Salihin bertindak sebagai Penjaga kepada anak-anak yang masih kecil? as-Salihin tidak boleh menjadi hadinah. Hak hadanah ke atas anak-anak yang masih kecil diberi keutamaan kepada saudara-saudara perempuan terdekat.

Saya telah menganut agama Islam dan ibu bapa masih beragama Buddha. Saya faham bahawa ibubapa saya mempunyai bahagian yang telah ditetapkan apabila saya meninggal dunia. Adakah begitu? Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Oleh kerana ibu bapa anda bukan Islam mereka tidak boleh mewarisi daripada anda.

Bolehkah saya berwasiat kepada ibu bapa dan saudara yang bukan beragama Islam? Ya

Amanah

Amanah

Menurut Islam amanah dikenali sebagai Al-Amanah. Berikut adalah peruntukkan al Quran yang menekankan kepentingan amanah
"Janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain
di antara kamu dengan jalan yang batil"
Surah Al-Baqarah ayat 188

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Surah An-Nisa ayat 58

Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang atau satu entiti yang sah (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana orang atau beberapa orang (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bagi kepentingan benefisiarinya samada individu atau sebaliknya. Pemegang Amanah menjadi pemilik yang sah bagi aset amanah apabila aset tersebut dipindahkan kepada mereka. Selepas itu benefisiari menjadi pemilik yang bermanfaat ke atas aset amanah tersebut.
Secara ringkasnya, amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.

Bentuk-bentuk Amanah

Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan :
  • Amanah Wasiat (iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat).
  • Amanah Statutori (iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari kanak-kanak samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat).
  • Amanah Hidup (iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah).

Tugas Pemegang Amanah

Peraturan yang ketat ditetapkan undang-undang (seperti yang terkandung di dalam Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Syarikat Amanah 1949) di kenakan ke atas pemegang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemegang amanah tetapi tugas yang lebih berat adalah yang ditetapkan oleh al Quran :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui"
Surah Al-Anfal ayat 27
Menurut Yusoff Ali di dalam komennya terhadap ayat di atas,tugas Pemegang Amanah ialah untuk menjaga kepentingan orang yang hartanya dipegang dan menyerahkan semula harta tersebut serta menjelaskannya apabila dikehendaki mengikut terma-terma amanah tersebut. Tanggungjawab sebagai Pemegang Amanah dalam agama Islam adalah lebih berat jika dibandingkan dengan tanggungjawab undang-undang.

Amanah sebagai satu mekanisme di dalam Perancangan Harta Islam

Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam) konsep Amanah menurut Islam boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan dan saraan hidup. Ia merupakan alat atau cara yang mustahak di dalam Perancangan Harta Islam

Perkhidmatan Pemegang Amanah di as-Salihin

Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan Pemegang Amanah yang benar-benar menurut Islam dan komprehensif di dalam bidang-bidang berikut :
  • Pendidikan
  • Saraan Hidup
  • Korporat
  • Kebajikan
  • Insurans
HUBUNGI
Samsuriah Ahmad @0178844007

Penyimpanan Dokumen

Penyimpanan Dokumen

Apabila anda telah menulis Wasiat, adalah wajar anda untuk memastikan dokumen itu di simpan ditempat yang selamat supaya benefisiari-benefisiari anda tidak akan menghadapi kesukaran dan masalah kerana mereka tidak berupaya/gagal untuk mendapatkan Wasiat anda setelah anda meninggal dunia.
Tidak berguna menulis Wasiat jika tidak boleh mengesannya kelak. Banyak harta pusaka telah dibekukan kerana Wasiat terakhir tidak dapat dikesan.
as-Salihin menyediakan perkhidmatan penyimpanan berkomputer untuk penyimpanan yang selamat bagi semua dokumen yang kami sediakan. Tidak kira di mana atau bila anda meninggal dunia, jika benefisiari dan peguam anda menghubungi as-Salihin untuk mendapatkan Wasiat anda, kami pasti menghantar salinan Wasiat tersebut kepada mereka untuk tindakan yang selanjutnya.
Gunakan setiap peluang yang ada dan dengan segera dan jauhi risiko-risiko yang boleh mengancam Wasiat anda seperti kebakaran, banjir, kehilangan, kecurian atau kemusnahan.

maklumat lanjut hubungi
Samsuriah Ahmad @0178844007

Deklarasi Hibah

Deklarasi Hibah


Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang mengunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.

Deklarasi Hibah
Deklarasi Hibah ialah satu deklarasi yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
• Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
• Hanya pemberian daripada ibu/bapa boleh dibatalkan.
• Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah
Kelebihan membuat Pri-Hibah
1. Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.
2. Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
3. Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.
4. Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.

Dokumentasi Wakaf

Dokumentasi Wakaf

Dari segi bahasa Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah
Hadith berikut dipetik daripada Sahih al Bukhari (Jilid 4 Bab.29. Ms. 27) mencatatkan authoriti membuat wakaf.
"Diriwayatkan oleh Ibn Umar. Ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan), dia telah bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di Khaibar, aku belum pernah dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu kepadaku? Maka sabda Rasulullah "Kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan." Maka, Saidina Umar pun memberi tanah tersebut untuk kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak dijual, tidak dihibah, dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya"
Dipetik daripada Sahih Al-Bukhari
(Jilid 4 m/s 27)
Wakaf boleh di buat untuk berkuat kuasa semasa hidup atau hanya selepas kematian pembuatnya melalui Wasiat. Pemegang Amanah bagi Wakaf mesti dilantik untuk mentadbir harta wakaf itu dan kebanyakkan Enakmen Pentadbiran Islam negeri-negeri memberi mandat hanya kepada Majlis Agama Islam untuk bertindak sebagai pemegang Amanah.

Perkhidmatan Wakaf yang terdapat di as-Salihin

  • Khidmat nasihat dalam pembentukkan Wakaf
  • Penyediaan Perjanjian/ Dokumentasi Wakaf

Deklarasi Harta Sepencarian

Deklarasi Harta Sepencarian

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa di dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai "Harta Sepencarian" Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.
Bukanlah satu perkara yang luarbiasa bagi sebahagian benefisiari-benefisiari yang masih hidup menuntut harta sepencarian daripada harta suami atau isterinya yang telah meninggal dunia. Oleh itu bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan perselisihan yang mungkin timbul berhubung isu ini selepas kematian pewasiat, as-Salihin menyediakan dokumen deklarasi harta sepencarian yang mana ia akan dapat mengurangkan kesukaran yang mungkin timbul berhubung isu ini pada masa akan datang.

Hubungi

Samsuriah Ahmad @ 0178844007