Selasa, 3 Disember 2013

Perancangan Harta Pusaka As-Salihin Trustee Bhd

Perancangan Harta Pusaka As-Salihin Trustee Bhd

Sebuah blog mengenai perancangan harta pusaka yang ditawarkan oleh syarikat amanah as-Salihin Trustee Berhad iaitu surat wasiat, hibah, harta sepencarian, amanah hayat, deklarasi hibah dan wakaf.







Adakah ini akan berlaku kepada saudara pula?
Sebagai Perancang Harta Islam dari syarikat as-Salihin Trustee Bhd, saya banyak menerima pertanyaan cara membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd.

Berikut ialah ringkasannya:
Pertama: Prospek akan hubungi saya, Samsuriah Ahmad (email:samsuriah.ahmad9@gmail.com) mengenai minat untuk membuat wasiat.
Kedua: Saya akan membuat temujanji berjumpa dengan prospek, sekiranya berada di Lembah Kelang samada di rumah prospek, pejabat atau kedai mamak.
Sekiranya di luar Lembah Kelang penjelasan akan dibuat secara telefon, email, whatsApp atau Facebook sahaja.
Ketiga: Saya akan memperkenalkan diri saya dahulu dan kemudian mengetahui dengan lebih dekat prospek dan famili. Ini termasuklah pekerjaan prospek dan lain-lain yang berkaitan dengan famili iaitu isteri, anak-anak dan ibu-bapa prospek.

Saya akan cuba mendapat tahu samada prospek mempunyai anak angkat dan keadaan anak-anak, iaitu samada masih kecil atau mempunyai anak istimewa.

Saya akan bertanya soalan-soalan yang boleh menjurus kepada keperluan prospek membuat hibah, harta sepencarian, wakaf, amanah wasiat dan amanah hayat.

Saya juga akan cuba menilai profil risiko prospek iaitu samada prospek sangat, sederhana atau kurang 'concern' terhadap keluarganya.
Keempat: Semasa bertemu dengan prospek, saya memerlukan maklumat berikut:
Senarai lengkap harta prospek. Ini termasuk alamat harta dan samada mempunyai akaun bank, Tabung Haji, KWSP, ASB dan sebagainya.
Kelima: Senarai nama waris dan bukan waris yang akan menerima harta yang diwasiatkan. Saya juga akan mendapatkan dua penama yang akan dihubungi oleh as-Salihin bagi urusan wasiat dan harta pusaka apabila pewasiat meninggal dunia kemudian hari.
Keenam: Peratus pembahagian harta kepada setiap waris/bukan waris. Contohnya:
 (i) KWSP: Isteri: 50%, Anak Pertama: 25% dan Anak Kedua: 25%,
(ii) Rumah Teres: Lot 101, Jalan Pinang, Kampung Pinangg, Pulau Pinang: Isteri 100%,
(iii) Saham ASB: Bahagikan samarata kepada anak-anak,
(iv) Kondo di No. 33, Jalan Ali, Johor Bahru: Diwakafkan kepada Jabatan Ugama Islam Johor. Hasil sewa bulanan dibahagikan 50% kepada rumah anak yatim dan 50% kepada fakir miskin.
Ketujuh: Semua maklumat di atas akan saya serahkan kepada pejabat as-Salihin Trustee Bhd di mana peguam mereka akan membuat deraf wasiat. Bayaran deposit membuat wasiat juga akan dipungut pada hari yang sama.
Kelapan: Dalam masa tiga hari bekerja, as-Salihin akan emailkan kepada saya deraf wasiat. Saya akan menyemak kesahihan fakta. Jika OK, saya akan forwardkan deraf wasiat itu kepada prospek. Jika prospek mahu, saya akan mencitak satu salinan dan dibawa berbincang dengan prospek,
Kesembilan: Jika prosepek setuju dengan deraf wasiat, maka hardcopy wasiat akan dicetak. Saya akan membawa dokumen wasiat itu kepada pelanggan untuk ditandatangani dengan dua saksi. Baki bayaran perkhidmatan penyediaan wasiat boleh dibuat semasa menandatangani wasiat. Ada juga keadaan saya akan membawa pewasiat ke pejabat as-Salihin untuk menandatangani wasiat.
Kesepuluh: Saya akan membawa balik dokumen asal wasiat ke Pejabat as-Salihin di Kelana Jaya untuk didaftarkan dan disimpan. Kemudian, salinan wasiat akan diserahkan kepada Pelanggan untuk disimpan.

Maka tamatlah prosesnya.
Keterangan lanjut mengenai proses penyediaan wasiat boleh hubungi saya
 secara email: samsuriah.ahmad9@gmail.com  atau telefon 017-8844007
 Hakcipta 2013 Samsuriah Ahmad
Samsuriah ahmad
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon: 0178844007