Khamis, 29 November 2012

Dokumentasi Wakaf

Dokumentasi Wakaf

Dari segi bahasa Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah
Hadith berikut dipetik daripada Sahih al Bukhari (Jilid 4 Bab.29. Ms. 27) mencatatkan authoriti membuat wakaf.
"Diriwayatkan oleh Ibn Umar. Ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan), dia telah bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di Khaibar, aku belum pernah dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu kepadaku? Maka sabda Rasulullah "Kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan." Maka, Saidina Umar pun memberi tanah tersebut untuk kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak dijual, tidak dihibah, dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya"
Dipetik daripada Sahih Al-Bukhari
(Jilid 4 m/s 27)
Wakaf boleh di buat untuk berkuat kuasa semasa hidup atau hanya selepas kematian pembuatnya melalui Wasiat. Pemegang Amanah bagi Wakaf mesti dilantik untuk mentadbir harta wakaf itu dan kebanyakkan Enakmen Pentadbiran Islam negeri-negeri memberi mandat hanya kepada Majlis Agama Islam untuk bertindak sebagai pemegang Amanah.

Perkhidmatan Wakaf yang terdapat di as-Salihin

  • Khidmat nasihat dalam pembentukkan Wakaf
  • Penyediaan Perjanjian/ Dokumentasi Wakaf

Deklarasi Harta Sepencarian

Deklarasi Harta Sepencarian

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa di dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai "Harta Sepencarian" Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.
Bukanlah satu perkara yang luarbiasa bagi sebahagian benefisiari-benefisiari yang masih hidup menuntut harta sepencarian daripada harta suami atau isterinya yang telah meninggal dunia. Oleh itu bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan perselisihan yang mungkin timbul berhubung isu ini selepas kematian pewasiat, as-Salihin menyediakan dokumen deklarasi harta sepencarian yang mana ia akan dapat mengurangkan kesukaran yang mungkin timbul berhubung isu ini pada masa akan datang.

Hubungi

Samsuriah Ahmad @ 0178844007

Penjagaan Harta Kanak-kanak

Penjagaan Harta Kanak-kanak

Penjagaan ialah pengurusan yang dilakukan oleh seorang yang dewasa terhadap diri dan harta kanak-kanak, atau diri dan harta orang yang tidak berupaya (gila,dungu).
Mengikut pandangan Islam, Penjaga dan Hadhinah(custody) mempunyai hak dan tanggungjawab yang berbeza. Kaum kerabat sebelah bapa(lelaki) lebih di beri keutamaan untuk memikul tanggungjawab sebagai penjaga sementara kaum kerabat sebelah ibu mempunyai keutamaan untuk menjadi Hadhinah kepada kanak-kanak.
Terdapat dua kategori penjagaan:
  1. Penjagaan terhadap harta (seperti menyewakan harta,mengadaikan, harta orang yang dibawah jagaannya dengan syarat ianya memberi manfaat kepada orang yang di bawah jagaannya) dan
  2. Penjagaan terhadap diri (seperti bertanggungjawab terhadap pendidikannya, kesihatannya, dan memberi persetujuan dalam meng’aqad nikah perempuan yang di bawah jagaannya)
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) s.88, yang mana ia mengikut Mazhab Syafie, keutamaan untuk menjadi penjaga adalah mengikut urutan berikut:
  • Bapa
  • Datuk lelaki di sebelah bapa
  • Wasi yang dilantik menurut Wasiat bapa
  • Wasi kepada wasi bapa
  • Wasi datuk di sebelah bapa
  • Wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa
Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan sebagai penjaga kepada harta kanak-kanak.

Samsuriah Ahmad @0178844007

Pentadbiran Harta Pusaka yang tidak mempunyai Wasiat

Pentadbiran Harta Pusaka yang tidak mempunyai Wasiat

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati iaitu dia akan menghimpunkan semua aset serta liabiliti simati serta mengagihkan lebihan harta simati menurut Syari’ah setelah menyelesaikan hutang-hutangnya.
Prosedur atau kaedah mentadbir, memohon, melantik dan tugas-tugas serta tanggungjawab pentadbir adalah mengikut peruntukkan undang-undang yang boleh di dapati didalam Akta Probet dan Pentabiran 1959.
Sebenarnya, pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat bagi Wasi yang dilantik di dalam Wasiat dan memilih pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada dalam keadaan menderita.
Masalah yang berpanjangan mengenai perlantikan pentadbir akan berlaku, contohnya mengenai permohonan di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memerlukan dua orang penjamin untuk mentadbir harta pusaka kecuali dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati. Walau bagaimanapun, Syarikat Amanah boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.
Di as-Salihin kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka, tugas kami termasuklah yang berikut :
  • Mengenalpasti aset dan liabiliti simati samada di Malaysia atau luar negara
  • Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
  • Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
  • Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
  • Membayar hutang
  • Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
  • Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid
  • Menyediakan semua akaun serta dokumen yang berkaitan

Penulisan Wasiat Profesional

Penulisan Wasiat Profesional

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.
Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati.Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.
Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
" Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala "

Orang Islam yang mempunyai harta yang mahu memberi manfaat kepada yang berikut:

  • Mempunyai cucu
  • Anak Angkat
  • Kawan baik
  • Ahli keluarga bukan Islam
  • Mempunyai anak yang bukan Islam daripada perkahwinan terdahulu
  • Masjid
  • Badan Amal
  • Hospital
Jangan ragu-ragu. Hubungi kami dan kami akan membantu anda untuk menulis Wasiat anda mengikut hasrat anda dan syariah Islam.

Samsuriah Ahmad
0178844007

Ahad, 18 Mac 2012

Harta Sepencarian bukannya Harta Pusaka

Harta Sepencarian

Harta sepencarian adalah satu amalan yang telah diterima dalam kehidupan orang melayu sehari-hari. Ia adalah hak pasangan suami-isteri ke atas harta yang dimiliki secara bersama semasa mereka menjadi pasangan. Bacalah blog ini dari masa ke semasa bagi mengetahui informasi mengenai harta sepencarian.
Harta sepencarian bukannya harta pusaka

Isu harta sepencarian biasanya dikaitkan dengan pasangan suami isteri di mana si-isteri bimbang yang harta suami akan beralih ke tahan orang lain apabila berlaku penceraian, suami kahwin dua atau meninggal dunia.                                     
Tetapi ada juga kes deklarasi harta sepencarian dibuat oleh emak kerana takutkan anaknya yang tamakkan harta bapanya dan kemudian menyisihkan emaknya. Ikutilah ceritanya.
Sepasang suami isteri yang bernama Ahmad dan Aminah adalah berumur dalam lingkungan 50-an mempunyai seorang anak lelaki, Ali, yang sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak. Pasangan suami isteri ini hanya mempunyai sebuah rumah banglo di Damansara yang dianggarkan bernilai RM3 juta. Banglo ini atas nama suami dan ada mempunyai baki hutang RM500,000
 Manakala anaknya ini seorang graduan dari Amerika Syarikat, bekerja dengan sebuah firma dan menyewa sebuah kondo yang berdekatan dengan Damansara.
Anak tunggal lelaki itu seorang yang panas baran dan bersikap kurang ajar kepada kedua ibu-bapanya. Anaknya itu tidak lagi menghormati kedua ibu-bapanya. Emaknya selalu ditengking dan dimarahinya.
Si ibu, Aminah amat risau akan masa depannya sekiranya suaminya meninggal dunia dahulu. Si-ibu bimbang dia akan dihalau dari banglo itu dan tidak mempunyai tinggal lain.
Si-ibu faham mengikut Hukum Faraid haknya hanyalah 1/8 daripada jumlah harta dan baki 7/8 akan menjadi milik anaknya itu. Jadi sudah tentu anaknya boleh menghalau ibunya keluar daripada banglo mewah itu. Atau pun sekira dijual hak ibu dianggarkan RM400,000 sahaja (1/7 daripada RM3 juta).
Si-ibu mendapat tahu, sekiranya pasangan suami isteri membuat deklarasi harta sepencarian ia dapat menghindarkan masalah risauan si-ibu tadi. Si-ibu yakin yang suaminya akan bersetuju dengan cadangan membuat deklarasi harta sepencarian kerana masalah yang akan dijangkakan oleh si-ibu sekiranya suami meninggal dunia dahulu.
Di bawah konsep harta sepencarian, suami dan isteri ini akan menandatangani Deklarasi Harta Sepencarian di mana si-suami bersetuju membahagikan sekurang-kurangnya 50% daripada bahagian banglo itu kepada isterinya itu, dan baki 50% adalah milik suaminya itu. Si-ibu tahu sekiranya suaminya meninggal dunia dahulu, hak 50% nya ke atas banglo itu terjamin. Ini disebabkan harta sepencarian adalah pemberian semasa hidup dan ia bukan lagi menjadi harta pusaka.


Disediakan oleh:

Samsuriah Ahmad
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
017 8844007

Ahad, 29 Januari 2012

Perjanjian Harta Sepencarian

Deklarasi Harta Sepencarian


Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa di dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai "Harta Sepencarian" Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.
Bukanlah satu perkara yang luarbiasa bagi sebahagian benefisiari-benefisiari yang masih hidup menuntut harta sepencarian daripada harta suami atau isterinya yang telah meninggal dunia. Oleh itu bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan perselisihan yang mungkin timbul berhubung isu ini selepas kematian pewasiat, as-Salihin menyediakan dokumen deklarasi harta sepencarian yang mana ia akan dapat mengurangkan kesukaran yang mungkin timbul berhubung isu ini pada masa akan datang.                                     


 HARTA SEPENCARIAN


Harta yang di perolehi oleh:

  • suami dan isteri
  • sepanjang perkahwinan yang sah
  • Kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung@ tidak langsung terhadap perolehan harta tersebut

              Definasi Harta Sepencarian

  • Dari istilah 'sama-sama sepencarian' iaitu amalan lazim masyarakat melayu dulu kala
  • Kadi Besar Pulau Pinang Hj Harussani bin Hj Zakariah (pada masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983 jld 2 J.H) harta sepencarian di takrifkan:                                                      "harta yang di peroleh bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha,samada kedua-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan , sama ada secara rasmi atau tidak rasmi samaada dibahagikan tugas atau tidak"
-tiada dalam nas  Al Quran atau Hadis
-Adat yang baik di terima menjadi undang-undang Islam

HARTA SEPENCARIAN IALAH
  • Satu harta sama ada harta alih atau tak alih yang di perolehi oleh suami dan isteri daripada usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang di perolehi sebelum mereka berkahwin (harta asal) yang telah di majukan atau di tingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui hasil usaha bersama. (selangor)
SYARAT UNTUK HARTA SEPENCARIAN

  • Harta diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan
  • Harta adalah sumbangan bersama kedua-dua pihak
-samada sumbangan secara langsung atau tidak langsung
-sumbangan perlu dibuktikan
  • Bukan harta amanah