Penyimpanan Dokumen
Apabila anda telah menulis Wasiat, adalah wajar anda untuk memastikan dokumen itu di simpan ditempat yang selamat supaya benefisiari-benefisiari anda tidak akan menghadapi kesukaran dan masalah kerana mereka tidak berupaya/gagal untuk mendapatkan Wasiat anda setelah anda meninggal dunia.
Tidak berguna menulis Wasiat jika tidak boleh mengesannya kelak. Banyak harta pusaka telah dibekukan kerana Wasiat terakhir tidak dapat dikesan.
as-Salihin menyediakan perkhidmatan penyimpanan berkomputer untuk penyimpanan yang selamat bagi semua dokumen yang kami sediakan. Tidak kira di mana atau bila anda meninggal dunia, jika benefisiari dan peguam anda menghubungi as-Salihin untuk mendapatkan Wasiat anda, kami pasti menghantar salinan Wasiat tersebut kepada mereka untuk tindakan yang selanjutnya.
Gunakan setiap peluang yang ada dan dengan segera dan jauhi risiko-risiko yang boleh mengancam Wasiat anda seperti kebakaran, banjir, kehilangan, kecurian atau kemusnahan.
maklumat lanjut hubungi
Samsuriah Ahmad @0178844007
Khamis, 29 November 2012
Deklarasi Hibah
Deklarasi Hibah
Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang mengunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.
Deklarasi Hibah
Deklarasi Hibah ialah satu deklarasi yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
• Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
• Hanya pemberian daripada ibu/bapa boleh dibatalkan.
• Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah
Kelebihan membuat Pri-Hibah
1. Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.
2. Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
3. Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.
4. Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.
Dokumentasi Wakaf
Dokumentasi Wakaf
Dari segi bahasa Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah
Hadith berikut dipetik daripada Sahih al Bukhari (Jilid 4 Bab.29. Ms. 27) mencatatkan authoriti membuat wakaf.
Wakaf boleh di buat untuk berkuat kuasa semasa hidup atau hanya selepas kematian pembuatnya melalui Wasiat. Pemegang Amanah bagi Wakaf mesti dilantik untuk mentadbir harta wakaf itu dan kebanyakkan Enakmen Pentadbiran Islam negeri-negeri memberi mandat hanya kepada Majlis Agama Islam untuk bertindak sebagai pemegang Amanah.
Dari segi bahasa Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah
Hadith berikut dipetik daripada Sahih al Bukhari (Jilid 4 Bab.29. Ms. 27) mencatatkan authoriti membuat wakaf.
| "Diriwayatkan oleh Ibn Umar. Ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan), dia telah bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di Khaibar, aku belum pernah dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu kepadaku? Maka sabda Rasulullah "Kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan." Maka, Saidina Umar pun memberi tanah tersebut untuk kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak dijual, tidak dihibah, dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya"
Dipetik daripada Sahih Al-Bukhari
(Jilid 4 m/s 27) |
Perkhidmatan Wakaf yang terdapat di as-Salihin
- Khidmat nasihat dalam pembentukkan Wakaf
- Penyediaan Perjanjian/ Dokumentasi Wakaf
Deklarasi Harta Sepencarian
Deklarasi Harta Sepencarian
Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa di dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai "Harta Sepencarian" Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.
Bukanlah satu perkara yang luarbiasa bagi sebahagian benefisiari-benefisiari yang masih hidup menuntut harta sepencarian daripada harta suami atau isterinya yang telah meninggal dunia. Oleh itu bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan perselisihan yang mungkin timbul berhubung isu ini selepas kematian pewasiat, as-Salihin menyediakan dokumen deklarasi harta sepencarian yang mana ia akan dapat mengurangkan kesukaran yang mungkin timbul berhubung isu ini pada masa akan datang.
Hubungi
Samsuriah Ahmad @ 0178844007

Penjagaan Harta Kanak-kanak
Penjagaan Harta Kanak-kanak
Penjagaan ialah pengurusan yang dilakukan oleh seorang yang dewasa terhadap diri dan harta kanak-kanak, atau diri dan harta orang yang tidak berupaya (gila,dungu).
Mengikut pandangan Islam, Penjaga dan Hadhinah(custody) mempunyai hak dan tanggungjawab yang berbeza. Kaum kerabat sebelah bapa(lelaki) lebih di beri keutamaan untuk memikul tanggungjawab sebagai penjaga sementara kaum kerabat sebelah ibu mempunyai keutamaan untuk menjadi Hadhinah kepada kanak-kanak.
Terdapat dua kategori penjagaan:

- Penjagaan terhadap harta (seperti menyewakan harta,mengadaikan, harta orang yang dibawah jagaannya dengan syarat ianya memberi manfaat kepada orang yang di bawah jagaannya) dan
- Penjagaan terhadap diri (seperti bertanggungjawab terhadap pendidikannya, kesihatannya, dan memberi persetujuan dalam meng’aqad nikah perempuan yang di bawah jagaannya)
- Bapa
- Datuk lelaki di sebelah bapa
- Wasi yang dilantik menurut Wasiat bapa
- Wasi kepada wasi bapa
- Wasi datuk di sebelah bapa
- Wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa
Samsuriah Ahmad @0178844007
Pentadbiran Harta Pusaka yang tidak mempunyai Wasiat
Pentadbiran Harta Pusaka yang tidak mempunyai Wasiat
Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati iaitu dia akan menghimpunkan semua aset serta liabiliti simati serta mengagihkan lebihan harta simati menurut Syari’ah setelah menyelesaikan hutang-hutangnya.
Prosedur atau kaedah mentadbir, memohon, melantik dan tugas-tugas serta tanggungjawab pentadbir adalah mengikut peruntukkan undang-undang yang boleh di dapati didalam Akta Probet dan Pentabiran 1959.
Sebenarnya, pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat bagi Wasi yang dilantik di dalam Wasiat dan memilih pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada dalam keadaan menderita.
Masalah yang berpanjangan mengenai perlantikan pentadbir akan berlaku, contohnya mengenai permohonan di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memerlukan dua orang penjamin untuk mentadbir harta pusaka kecuali dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati. Walau bagaimanapun, Syarikat Amanah boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.
Di as-Salihin kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka, tugas kami termasuklah yang berikut :

- Mengenalpasti aset dan liabiliti simati samada di Malaysia atau luar negara
- Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
- Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
- Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
- Membayar hutang
- Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
- Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid
- Menyediakan semua akaun serta dokumen yang berkaitan
Penulisan Wasiat Profesional
Penulisan Wasiat Profesional
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.
Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati.Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.
Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
Samsuriah Ahmad
0178844007

| " Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala " |
Orang Islam yang mempunyai harta yang mahu memberi manfaat kepada yang berikut:
- Mempunyai cucu
- Anak Angkat
- Kawan baik
- Ahli keluarga bukan Islam
- Mempunyai anak yang bukan Islam daripada perkahwinan terdahulu
- Masjid
- Badan Amal
- Hospital
Samsuriah Ahmad
0178844007
Langgan:
Catatan (Atom)